Only his name " SUFIAN "

Hi readers ! Walaupun tiada lagi readers nak baca blog aku . Ah lantaklah siapa nak baca dan taknak baca .  Tapi entry kali khas buat dia . Yes ! Khas buat dia yang aku sayang dulu kini dan selamanya . Dialah kawan , dialah kekasih , dialah semangat , dialah segalanya . Sentiasa ada bila aku perlukan bahu dia . Ops , dalam pepatah english kata " I need your Shoulder . Jangan ada sesiapa suruh aku tinggalkan dia , sebab aku memang tak kan tinggalkan dia . Shuhh pergi main jauh-jauh perosak hubungan orang .  Even dia tak sehandsome Zayn Malik yang kini menjadi kegilaan remaja sekarang , tapi dia tetap champion dalam hati ni . Kau bagila Zayn Malik ni kat aku , aku tetap nak Mohd Sufian Bin Abu Bakar . Bernombor ic 920129-01-5*** . Haha nombor ic dia pun aku ingat tau ! Segala nombor dalam diri dia pun aku ingat tau . Cuma nombor pin atm card dia je aku tak berani nak hamik tahu . Haha .

Ni laa diaa . Tapi ni gambar lama . Dulu dan sekarang dia tak berubah , begini lah comelnya . Haa jangan cair dgn senyuman dia please ! He's mine . Usha lelaki lain k . Hehe .Now dia bertugas di Sabah . Aku percaya dia kat sana tapi kadang-kadang tu biasalah perempuan ni lain sikit nalurinya kan . Kalau dapat aku merajuk , haa memang lah kan . Tapi confirm taklama . Haha


Ni pun gambar lama . Tapi dia tetap handsome macam ni dan tak berubah . Lesung pipitnyaa ahhh  . Amboih ** masuk bakul angkat sendiri plak aku ye dok memuji boyfriend sendiri . 


Gambar masa dia college dulu . Macho kan . Hahah . Tak habis-habis dok muji awak ni lagi tadi sayang . Xda upah ke ? 


Jengjeng . Siapa yang botak + kurus macam Mat Gian ni . Haih ni laa dia Sufian my baby . Eceh takyah nak baby sangat lah kan . Haa nampak tak ? Kesian kan diaa . Tapi alhamdulillah dia baru je lepas training selama 6 bulan dan sekarang dah pergi bertugas . Masa awak passing out tu , saya sedih takdapat datang tengok awak . Mesti awak cemburu kan tengok kawan-kawan awak , passing out ada buah hati dia tapi awak takde saya time tu . Tapi takpe , awak ada keluarga awak kan sayang ?  Dia tetap handsome macam dulu :)


To him --> Saya minta maaf ye sayang . Maaf atas segala-segalanya . Tapi saya sayang awak sangat-sangat . From 2009 and until  now 2013 saya tak pernah terfikir untuk curang dengan awak dan takpernah niat sama sekali . Yang ada dalam hati ni cuma awak , awak dan awak sayang . 

p/s : and sorry pasal upload gambar kat fb tu . saya tau awak tak suka saya upload gambar sendiri kat facebook habis saya geram awak taklayan saya bila kat fb . Jangan marah eh and keep up ur promise by !!


Rindu Rindu Rindu



Boring nye sensorang dalam bilik ni . Roommate semua pergi buat group discussion . Ambe je takbuat sebab semua dah settle . Nak dijadikan cerita , aku ni menghadiri satu kuliah agama pada suatu hari laa . Sebenarnya tak sengaja nak pergi kuliah agama tu memandangkan aku sembahyang jemaah masa tu . So , aku terdengar lah seorang ustaz tu bercakap tentang wanita . Ustaz tu cakap kerinduan seorang wanita terhadap seseorang ni lebih besar berbanding kerinduan seorang lelaki . Haa . See ~ Sebab tu kalau perempuan ni kalau rindu sangat takbole nak cover lagi dah . So terpaksa luahkan kan kan .


First time masuk tempat yg bernama POLIteknik ni , aku rasa nak balik . Aku nak ikot family aku balik . Serious sedih gile . Takpernah berjauhan dengan mak . Sebelum ni pun , kat rumah asyik tidur ngan mak je kan . Tu yg rasa touching sangat . Sikit-sikit kang nangis . Huarghh ~ Padahal umur dah 18 tahun , still nak nangis-nangis bila kena duduk jauh . Aku pernah lah sekejap masuk form 6 , tapi sekarang dah merasa alam di politeknik . Aku rasa aku tak menyesal berhenti form 6 dan pilih jalan politeknik ni . Okayla best jugak . Untuk pengetahuan semua Aku study kat politeknik je . Kau-kau yg study kat U awam tu lebih kurang je ngan aku . So takyah nak berlagak sangat lah . Level kite sama .


Hari demi hari , alhamdulillah nak dikatakan tempat ni okayla . Jauh dari bandar tapi ada banyak kebaikannya . Kalau kite jauh dari bandar gejala-gejala sosial tu takde sangat . Yelah kan kat sini kau nak bersosial dgn siapa ? Orang-orang asli kat sini ? Ha kalau nak kena sumpit try la . Rasanya dahlama jugak aku kat sini . Aku ni nak cerita pasal rindu seorang wanita ni sebenarnya . Selain aku rindu kat mak aku , kat family aku , aku rindukan SI DIA . Si dia yg bernama Mohd Sufian Bin Abu Bakar . Rindu sebab ape ? Sebab dia ada urusan-urusan berbakti kepada negara yg terpaksa diselesaikan selama 6 bulan lah rasanya . Tanpa Call , tanpa sms . sebab masa tu dia memang takbole bawak phone . So aku redha .. Kepulangan nya amat ku nanti-nanti di hari raya ini .



Selain doa untuk diri sendiri , mak abah yg utama, serta ahli keluarga lain , aku turut mendoakan wira negara aku tu . Mudah-mudahan dia sihat dan baik-baik je serta terhindar dari segala bahaya . Risau tau aku kat dia . Kami takpernah berpisah tanpa call dan text dalam tempoh jangka masa yg lama macam ni . Huii berat berat . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ha kan dah keluar peribahasa bagai . Dia pun mesti risau sebab aku sekarang kat negeri orang dan takut aku di"usha" oleh org lain . Bajet macam aku ni "comel" sgt je . Padahal takpun . Takde sapa laa nak "usha" aku . Walaupun kadang-kadang dia tu kuat jealous sikit , aku yakin dia percayakan aku . Kan sayang ?! Dah nak hampir 5 tahun kami kenal , macam-macam dah kami lalui . Perit , suka , duka sehingga kn dia meninggalkan aku selama 6 bulan tanpa khabar berita pun , kesetiaan aku untuk dia . Rindu gile nak dapat text and call daripada dia . Kalau tgok membe-membe bergayut ngan BF mereka aku terasa iri disitu . Tapi , apekan daya kan . Dahla cinta jarak jauh , takde sebarang talian komunikasi or what ever la but until now cinta tak pernah berpaling arah . Hanya angankan dia sebagai pemimpin utama di mahligai bhagia kelak .Kite tunggu awak tau sayang . Haha . Ape pasal ber"sayang-2" bagai nih . Haish .



Okay now nak cerita pasal anak buah aku . Dia la satu-satunya anak buah yg aku ada sekarang ni . Nama dia Fakhrul Razi . Ha sedap kan nama dia . Nakal dan comel macam budaknye . SErious rindu kat dia , dengar suara dia . Banyak-banyak makcik dia , makteh dia la yg dia paling rapat dan sayang tau . Aku pernah tanya ,dia mesti cakap dia sayang aku lebih . Haha . dia panggil aku makteh . See . Betapa tuanya nye aku dipanggil Makteh . Haritu balik rumah masa 1st puasa , takpuas rasanya nak jumpa dia . Baru-baru ni dia ada call , dia cakap dia rindu aku tau . Ha dia cakap " bila maktek nak balik . baliklaa makteh . Chune rindu la . Balikla cepat makteh . " Okay dia bahasakan diri dia sebagai chune . Taktahu la kenapa . See . Nampak tak kecomelan dia merinduiku disitu . Taksabar nak raya !! Banyak sebab untuk nak balik raya !!




So di kesempatan ini , aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Bagi Semua Umat Islam Diseluruh Dunia .
Marilah kita sama-sama mengejar pahala dibulan mulia ini kerana pahala yang kite dapat akan dilipatgandakan ~
Jangan lupa solat terawih ye kawan-kawan .


Selamat Hari Raya !!
Raya Raya Raya !



Cuba Menulis Post Entry Dgn Panjang Lebar





Malasnya nak berblogwalking .. So sekarang updated blog cuma pasal hidup aku je . Happy . Suka . Gembira . Semua sama makna . Haha . Sebab aku tak berminat sangat bercerita kisah hidup aku yang menyayat hati . Haritu aku pergi belajar kereta lagi kat institut prolifik . Happy lah jugak sebab dah pandai bawak VIVA ! Hehe .. Aku harap pakcik-pakcik JPJ tu nanti sporting dan memudahkan aku untuk lulus dalam ujian memandu tu nanti ~





Budak perempuan yg depan aku sangatlah comel .. Heehe . . Tapi malangnya hanya aku yg memandang kamera itu . Aku bahagia . SEKIAN ~




 
♥ 100% Oficially Nurul Farhanah efendi