Rindu Rindu Rindu



Boring nye sensorang dalam bilik ni . Roommate semua pergi buat group discussion . Ambe je takbuat sebab semua dah settle . Nak dijadikan cerita , aku ni menghadiri satu kuliah agama pada suatu hari laa . Sebenarnya tak sengaja nak pergi kuliah agama tu memandangkan aku sembahyang jemaah masa tu . So , aku terdengar lah seorang ustaz tu bercakap tentang wanita . Ustaz tu cakap kerinduan seorang wanita terhadap seseorang ni lebih besar berbanding kerinduan seorang lelaki . Haa . See ~ Sebab tu kalau perempuan ni kalau rindu sangat takbole nak cover lagi dah . So terpaksa luahkan kan kan .


First time masuk tempat yg bernama POLIteknik ni , aku rasa nak balik . Aku nak ikot family aku balik . Serious sedih gile . Takpernah berjauhan dengan mak . Sebelum ni pun , kat rumah asyik tidur ngan mak je kan . Tu yg rasa touching sangat . Sikit-sikit kang nangis . Huarghh ~ Padahal umur dah 18 tahun , still nak nangis-nangis bila kena duduk jauh . Aku pernah lah sekejap masuk form 6 , tapi sekarang dah merasa alam di politeknik . Aku rasa aku tak menyesal berhenti form 6 dan pilih jalan politeknik ni . Okayla best jugak . Untuk pengetahuan semua Aku study kat politeknik je . Kau-kau yg study kat U awam tu lebih kurang je ngan aku . So takyah nak berlagak sangat lah . Level kite sama .


Hari demi hari , alhamdulillah nak dikatakan tempat ni okayla . Jauh dari bandar tapi ada banyak kebaikannya . Kalau kite jauh dari bandar gejala-gejala sosial tu takde sangat . Yelah kan kat sini kau nak bersosial dgn siapa ? Orang-orang asli kat sini ? Ha kalau nak kena sumpit try la . Rasanya dahlama jugak aku kat sini . Aku ni nak cerita pasal rindu seorang wanita ni sebenarnya . Selain aku rindu kat mak aku , kat family aku , aku rindukan SI DIA . Si dia yg bernama Mohd Sufian Bin Abu Bakar . Rindu sebab ape ? Sebab dia ada urusan-urusan berbakti kepada negara yg terpaksa diselesaikan selama 6 bulan lah rasanya . Tanpa Call , tanpa sms . sebab masa tu dia memang takbole bawak phone . So aku redha .. Kepulangan nya amat ku nanti-nanti di hari raya ini .



Selain doa untuk diri sendiri , mak abah yg utama, serta ahli keluarga lain , aku turut mendoakan wira negara aku tu . Mudah-mudahan dia sihat dan baik-baik je serta terhindar dari segala bahaya . Risau tau aku kat dia . Kami takpernah berpisah tanpa call dan text dalam tempoh jangka masa yg lama macam ni . Huii berat berat . Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ha kan dah keluar peribahasa bagai . Dia pun mesti risau sebab aku sekarang kat negeri orang dan takut aku di"usha" oleh org lain . Bajet macam aku ni "comel" sgt je . Padahal takpun . Takde sapa laa nak "usha" aku . Walaupun kadang-kadang dia tu kuat jealous sikit , aku yakin dia percayakan aku . Kan sayang ?! Dah nak hampir 5 tahun kami kenal , macam-macam dah kami lalui . Perit , suka , duka sehingga kn dia meninggalkan aku selama 6 bulan tanpa khabar berita pun , kesetiaan aku untuk dia . Rindu gile nak dapat text and call daripada dia . Kalau tgok membe-membe bergayut ngan BF mereka aku terasa iri disitu . Tapi , apekan daya kan . Dahla cinta jarak jauh , takde sebarang talian komunikasi or what ever la but until now cinta tak pernah berpaling arah . Hanya angankan dia sebagai pemimpin utama di mahligai bhagia kelak .Kite tunggu awak tau sayang . Haha . Ape pasal ber"sayang-2" bagai nih . Haish .



Okay now nak cerita pasal anak buah aku . Dia la satu-satunya anak buah yg aku ada sekarang ni . Nama dia Fakhrul Razi . Ha sedap kan nama dia . Nakal dan comel macam budaknye . SErious rindu kat dia , dengar suara dia . Banyak-banyak makcik dia , makteh dia la yg dia paling rapat dan sayang tau . Aku pernah tanya ,dia mesti cakap dia sayang aku lebih . Haha . dia panggil aku makteh . See . Betapa tuanya nye aku dipanggil Makteh . Haritu balik rumah masa 1st puasa , takpuas rasanya nak jumpa dia . Baru-baru ni dia ada call , dia cakap dia rindu aku tau . Ha dia cakap " bila maktek nak balik . baliklaa makteh . Chune rindu la . Balikla cepat makteh . " Okay dia bahasakan diri dia sebagai chune . Taktahu la kenapa . See . Nampak tak kecomelan dia merinduiku disitu . Taksabar nak raya !! Banyak sebab untuk nak balik raya !!




So di kesempatan ini , aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Bagi Semua Umat Islam Diseluruh Dunia .
Marilah kita sama-sama mengejar pahala dibulan mulia ini kerana pahala yang kite dapat akan dilipatgandakan ~
Jangan lupa solat terawih ye kawan-kawan .


Selamat Hari Raya !!
Raya Raya Raya !



3 comments:

Anonymous said...

alolo~ sweettnye .. hehe .. sabar ea eyra .. mana tau lepas dia balik 6bulan terus bawak hantaran untuk kau .. aku doakan kau bahagia .. lama tu 5tahun~ nak sangat jadi macam kau kekal lama macam tuu~ hehe.. baru ni nampak kau update .. :)

ساهرة said...

haha . aku baru la perasan comment kau kat sini . setelah sekian lama . hee insyallah one day :)

ساهرة said...

@nur nadzirah

 
♥ 100% Oficially Nurul Farhanah efendi